Jumat, 25 November 2011

HIMstage : Awan nano ( Hafiz )


Kuala Lumpur, 11 Oktober 2011Semenjak dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia musim ketujuh ( AF7 ), Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 21 tahun telah berhasil mencipta fenomena tersendiri dalam industri musik di Malaysia. Semakin baik menyusun strategi, Hafiz terus memacu langkah dengan mencoba memasarkan album ke Indonesia dan memperkenalkan lagu Awan Nano sebagai single pertama sebagai usaha melebarkan pengaruh seninya ke negara Indonesia.

Hafiz berkata, “Kejayaan artis Malaysia seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Sheila Majid dan kumpulan nasyid Raihan mencipta nama di peringkat serantau terutamanya di Indonesia ternyata memberi perangsang kepada saya untuk melakar kejayaan serupa. Kini sudah tiba giliran dan peluang saya untuk melebarkan sayap dan menempa nama di negara seberang setelah hampir tiga tahun saya mengukuhkan nama di tanahair sendiri,

Saya amat teruja untuk menanti penerimaan peminat di sana terhadap karya seni yang dihasilkan. Semoga kehadiran saya nanti mampu memberikan impak dan gegaran kepada pasaran muzik Indonesia. Kerjasama yang terjalin ini ternyata membuktikan sifat muzik yang universal yang tidak akan dapat dipisahkan oleh sempadan negara.”

Hafiz muncul dengan album pertama berjudul Masih Jelas yang dirilis pada 14 Juli 2009 di Malaysia. Berisi lima buah lagu, album ini turut menampilkan single dari empat finalis AF7. Lagu Masih Jelas masuk nominasi untuk Lagu Pop Terbaik dan Susunan Lagu Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik ( AIM17 ). Single kedua Noktah Cinta pula, dia berhasil memenangi dua kategori untuk Persembahan Vokal Terbaik dan tempat ketiga di Anugerah Juara TV3 2011.

Lagu Awan Nano hasil karya cipta komposer M Nasir dan lirik oleh Buddhi Hikayat ternyata terus melambungkan nama Hafiz karena single ketiganya itu dinobatkan sebagai Lagu Terbaik dan Lagu Terbaik ( Malaysia ) di Anugerah Planet Muzik 2011. Keberhasilan ini ternyata telah memberi motivasi kepada Hafiz untuk terus menempa nama di Malaysia. Berdasarkan paket yang lengkap sebagai penghibur dengan aura seorang bintang, penyanyi serba bisa ini jelas mempunyai potensi besar untuk melangkah lebih jauh.

Jadwal karier Hafiz memang padat dengan berbagai aktivitas seni. Pada Juli 2009, dia telah mengadakan konser sempena Mesyuarat Raja-Raja dimana yang terbaru beraksi di pentas bertaraf antarabangsa, Dewan Filharmonik Petronas sempena Anugerah Merdeka. Hafiz juga telah diberi kepercayaan untuk melantunkan lagu tema sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2011.

Selain menyanyi, Hafiz juga pernah mempunyai programnya sendiri di Astro Ria berjudul Menuju Puncak. Suaranya pernah menjadi pilihan Disney Hong Kong untuk digunakan sebagi seri animasi BEN 10. Sisi seni Hafiz berkembang apabila memegang peran utama dalam teater KAMI The Musical di Istana Budaya. Hafiz juga berperan dalam drama berseri yang memaparkan kehidupan remaja berjudul Kau dan Aku.

Biarpun dilimpahi popularitas dan keberhasilan demi keberhasilan, putra daerah Sarawak ini tetap dengan sifat rendah hatinya. Maka tidak heran dia terpilih sebagai Ikon Negeri Sarawak pada 2009 yang dianugerahkan oleh Ketua Menteri Sarawak. Dimana baru-baru ini, dia dilantik sebagai Ikon Belia Sarawak 2011 oleh Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia. 

Saya berterima kasih kepada pihak Astro yang sentiasa menyokong karier seni saya selama ini dan pihak Warner Music yang sudi memasarkan album saya ke Indonesia. Besar harapan agar para peminat dan seluruh rakyat Malaysia terus menyokong dan mendoakan kejayaan saya. Semoga segala usaha yang di lakukan ini dapat memartabatkan industri muzik Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.”


Kontak :
Ken Basarino a.k.a Rinno
radio promotion executive

WARNER MUSIC INDONESIA
Jl. M.I Ridwan Rais No. 10 - 18 Jakarta 10110
Phone. 021 - 3867626
Fax.     021 - 3867606 / 3867607
Cell.     081298223687

Tidak ada komentar:

Posting Komentar